Pages

Pages

Friday 21 June 2019

SUDAH MINTA MAAF, ‘GENG PICIT ROTI’ TETAP DIBURU POLIS



PERBUATAN sekumpulan remaja termasuk salah seorang daripada mereka yang merosakkan barang makanan di kedai serbaneka sebuah pasaraya di Nilai, Negeri sembilan kini menjadi buruan polis.

Terdahulu, lelaki terbabit bersama rakan masuk ke premis berkenaan lalu merosakkan beberapa plastik makanan dan minuman, kira-kira jam 10 malam tadi. Mereka turut merakam video perbuatan terbabit di Instagram Story sebelum ia tular di media sosial sekaligus mengundang kecaman warganet.


Kat family mart Nilai negeri sembilan dah hodoh pastu bodoh plak.
Posted by GAGS Malaysia on Thursday, June 20, 2019

Menyedari tindakan mereka menimbulkan kemarahan ramai, remaja terbabit memuat naik satu lagi video dengan mendakwa sudah membayar makanan yang dirosakkan itu terlebih dahulu sebelum merekod video.

Remaja yang memicit dan merosakkan makanan di premis berkenaan turut meminta maaf. Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar dipetik Harian Metro sebagai berkata, pengurus premis berkenaan membuat laporan polis pada jam 11.20 malam.

“Pengadu melihat video tular di media sosial yang didakwa berlaku di premisnya lalu membuat semakan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV). “Pengadu mendapati lelaki terbabit merosakkan barang makanan dan minuman dengan sengaja menyebabkan beliau mengalami kerugian RM30,” katanya.

Bertindak atas laporan itu, Mohd Nor Marzukee berkata, polis kini sedang giat mengesan suspek untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat. Video berdurasi satu minit 10 saat itu tular di media sosial yang menunjukkan lelaki itu sedang merosakkan barang makanan dan mendapat kecaman netizen.

Sementara itu, lelaki menggunakan nama ‘luqbubbles’ di Instagram mengaku sebagai individu yang melakukan perbuatan itu dan membuat permohonan maaf serta mendakwa akan membayar balik kerosakan yang dilakukan.

No comments:

Post a Comment