Sejarah Huguan Siou : Sambutan Ulang Tahun ke-35 Huguan Siou

Sejarah Huguan Siou : Sambutan Ulang Tahun ke-35 Huguan Siou.
Gambar menunjukkan Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan (tengah) ketika ditabalkan sebagai Huguan Siou yang kedua pada tahun 1984, di Balai Raya Kg. Tuavon, Penampang. Beliau merupakan Huguan Siou kedua yang dilantik selepas Tun Fuad Stephens. Dari segi sejarah, Huguan Siou adalah satu title yang berasal daripada suku kaum Tangara dan Bangkaakon di daerah Penampang-Putatan pada zaman dahulu. Dari segi etimologi, "Huguan Siou" atau di dalam dialek suku kaum Dusunic yang lain "Luguan Osiou" atau "Luguan Tosiou" bererti "pemimpin yang gagah perkasa". Pada zaman dahulu, untuk seseorang dapat dipilih sebagai Huguan Siou, dia haruslah seorang yang "paling gagah di antara semua yang gagah", ertinya pahlawan yang paling gagah perkasa dialah yang diangkat menjadi Huguan Siou.
Rekod sejarah kemunculan Huguan Siou di kalangan suku Tangara-Bangkaakon adalah sekitar penghujung tahun 1700s sehingga awal 1800s, ketika Huguan Siou kaum Tangara bernama Monsopiad muncul. Ada yg mengatakan Monsopiad hidup sekitar tahun 1815 masihi, Huguan Siou yang memimpin pertempuran melawan lanun. Kemudian pada tahun 1855, Huguan Siou kedua muncul, iaitu Huguan Siou Sagir dari Kg. Guunsing Penampang, yang memimpin perang melawan Kesultanan Brunei. Huguan Siou Sagir bersama pengikutnya telah melakukan penyerangan ke atas utusan-utusan pemungut cukai Brunei mulai dari Digot sampai ke Sodomon, setelah Puun Tunoh. Huguan Siou Sagir memiliki kubu di Bukit Sinongkulan dan Bukit Kulintangon di dekat Donggongon. Penentangan ini terjadi kerana Sultan Brunei menuntut supaya setiap lelaki berumur 21 tahun ke atas membayar cukai kepala (Tan Ping Hing, 1962:13), di samping itu beberapa cukai lain.
Setelah Huguan Siou Sagir, muncul pula keturunan beliau yang memimpin pemberontakan baru, nama beliau adalah "Lasou". Nama beliau ditukar menjadi "Huguan Siou Bouvang" setelah diangkat menjadi Huguan Siou, sebagai title untuk keperkasaan beliau sebagai pemimpin seperti seekor "bouvang (beruang)". Di dalan laporan S.E. Dalrymple untuk daerah Putatan yg dipublish pada tahun 1885, nama Huguan Siou Lasou/Bouvang dicatatan sebagai salah satu ketua kampung di Penampang, di mana nama beliau dituliskan "Lassau" dari kampung "Goringsing (Guunsing)". Sultan Brunei memadamkan pemberontakan2 ini dgn cara melantik para tokoh-tokoh suku Tangara dan Bangkaakon dgn jawatan pembesar dan kuasa untuk memungut cukai di Putatan-Penampang. Pada tahun 1885, ada beberapa tokoh suku Tangara dan Bangkaakon yg bergelar Datu, Menteri Babu, Datu Panglima, Datu Maharaja Lela, Datu Pangeran, Datu Perkasa dan Datu Setia (Dalrymple, 1885:9).
Demikianlah secara singkat sejarah institusi Huguan Siou. Di dalam sambutan ulang tahun ke-35 Huguan Siou, Jawatankuasa Penyelaras KDCA Penampang akan menganjurkan majlis sambutan ulang tahun pertabalan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan sebagai Huguan Siou ke-35 pada 30 Jun ini, di mana Pengerusi penganjurnya adalah Ceasar Mandela Malakun. Sambutan itu akan diadakan dengan majlis makan malam di Grand Ballroom ITCC Penampang, jam 7 malam. Ia merupakan sebuah Majlis Makan Malam Gala di mana tiket boleh dibeli atau ditempah di talian 012-8432336, atau ditempah melalui Florence Underwood (016-8057702), John Masabal di (016-8347350) dan Irene Chua (010-9353461).



Image may contain: 1 person, standing


No comments:

Powered by Blogger.