Pages
▼
Pages
▼
Tuesday, 25 June 2019
Gambar Sekilas Pandang Seperti Berada Di Luar Negara
Namun gambar2 ini sebenarnya diambil dari salah satu tempat di daerah Kundasang dan Ranau yg terletak di Negeri Sabah, Malaysia.
Monday, 24 June 2019
Permainan Dadu Beracun
Permainan Sukan Dadu Beracun
Dadu Beracun versi Kaamatan 2019 Kg Kipaku.. 🤗 Cara permainan * Baling dadu dan bergerak mengikut nombor di dadu hingga ke garisan penamat..
* Jika nombor genap, langkah kehadapan..
* Jika nombor ganjil, langkah kebelakang..
* Pembaling dadu bertukar-tukar.. (lepas baling pergi belakang)
Kes guru rotan murid, si ibu datang sekolah mengamuk
Heboh di kalangan warganet apabila sebuah video tular menunjukkan seorang wanita berang apabila anaknya didakwa dirotan pada lenggan dan paha gara-gara melabelkan guru lelakinya sebagai p0ndan.
Menerusi video berdurasi kira-kira dua minit itu, wanita terbabit mempersoalkan tindakan guru tersebut selepas anak perempuannya yang juga pelajar sekolah menengah itu memanggil cikgunya dengan gelaran ‘ah kua’ atau p0ndan.
“ Dia dah cakap sama you sorry, kenapa kamu nak hentam dia macam ni?,” kedengaran suara dalam rakaman itu dipercayai ibu kepada pelajar terbabit.
“ Jangan ingat kamu cikgu besar… kamu rotan macam ni. Kamu ni cikgu, tak boleh buat macam ni tau. Kamu memang salah,” tambah wanita itu.
Pelajar perempuan menunjukkan kesan lebam pada pahanya.
Wanita berkenaan mempertikaikan tindakan guru terbabit memukul anaknya yang didakwa pada bahagian lengan dan paha kerana menyebut perkataan itu.
“ Dia hanya cakap sama kamu saja… cakap saja. Dia ada pukul kamu tak? Kalau dia ada pukul kamu… kamu pukul dia tak apa. Jangan macam ni,” ujarnya.
Guru lelaki berkenaan memberitahu pelajar tersebut hanya memohon maaf selepas dipukul, dipercayai selepas disarankan oleh rakan sekolahnya.
“ Masa saya pukul tu kenapa dia tak minta maaf terus? Dah lepas kawan dia cakap baru dia cakap maaf pada saya,” jelasnya.
Ini perkataan yang disebut pelajar itu
Guru tersebut turut mendakwa, pelajarnya itu menyebut perkataan p0ndan itu secara bersemuka sebagai tindakan yang tidak wajar.
Ibu kepada pelajar perempuan itu kemudian bersemuka dengan seorang lagi guru perempuan berhubung kejadian itu.
Menerusi video yang kini tular di media sosial itu bagaimanapun tidak dipastikan bila dan lokasi serta punca sebenar insiden berlaku.
Selain itu, beberapa gambar menunjukkan kesan lebam di lengan dan paha pelajar perempuan yang didakwa dirotan guru tersebut turut tular di media sosial.
Rata-rata netizen turut memberi komen tentang isu tersebut
” Blh tegur cikgu tu mungkin salah….tp pelajar tu kena TampaR anak die sbb kurang AJAR…..TampaR depan murid-murid satu sekolah….supaya hormaT cikgu
” Klu die berani celupar dgn guru…. Kena lah jugak berani tanggung akibat… Bknnya blik rumah mengadu kat ibu bapak.
20 minit menunggu, Klinik Kerajaan diViral Wanita ini.
CI...CI...CI...CIBAI!
Mentang mentang page lama dah down..makin menjadi jadi masalah viral benda-benda merepek nie..susah sangat ke nak faham skop kerja orang?Aku tak faham laa..kenapalaa nak sibuk sangat jadi kaki kecam...nak menyibuk jee...lain kali jadi mak cik bawang jee..tak nyusah semua orang.Siap publickan post tu..meh kita bagi Cik Kak yang nie Viral..tak nampak kan nama dia?
(Buat buat tak nampak)...tak
Haaaa..aku dah cover baik punya...
20minit
Macam satu hari kan..Cik Kak oi..orang lain,lagi lama laaa..okay je..rilex je..aku sendiri sebagai staff datang nak dapatkan rawatan,pukul 9 pgi daftar..pukul 1 tengahari baru setle semua..takde pun nak komplen..sebab aku faham skop kerja orang,bukan kerja nak kecam orang sesuka hati..
Dia standby kaunter tu tugas tolong panggil,ambil tekanan darah..kena cari kad pesakit..dah setle..kena tunggu doktor datang dulu..tak guna laa panggil pun doctor takde..doctor pun ade kerja jugak hendak disetle...ke kau nak aku cek kan...biasa kalau aku cek,aku ketuk lutut dulu..kalau dia sakit kepala,nescaya..otak dia dekat lutut..
Tak panggil,duk main phone..duk gelak
Lol..habis apa yang kau expect?Duduk staright..padang depan,senyum sampai ke mata..
"Terima kasih sudi datang ke hospital kerajaan,jika ade sebarang masalah boleh hubungi 999"
Tambah lagi layan orang macam kau..lagi laaa..
Habis siap gelak gelak tu..apa yang seronok sangat?
Laaa..ingat life kitorang hambar macam kau ke?Kalau kau jadi patient datang sebab deman
"Nie gelak gelak senyum bagai!Tak reti deman ke?!"
"Nie patah kaki,patah tangan tak pandai jadi pesakit ke!Borak boram!Sakit buat cara sakit!"
Snap gambar
Caption : Pesakit gelak gelak,kata deman..dah laa datang menyemak semata mata nak MC je..kesian mak cik pak cik yang sakit teruk terpaksa tunggu giliran..cibai betul..
ADE KE KITORANG JUDGE KAU YANG ALA ALA "PESAKIT" TU?
CIBAI
Yup,memang wei..serius..tak tipu..Staff kerajaan memang cibai..betul..sebab tu kan,aku rasa baik korang ambik je insurans ke,kumpul duit ke..gi swasta..peegghh..itu kau nak suruh baiki kereta kau pun boleh..sebab kau bayar cukai..byar cas rawatan..semua bayar kan
Boleh laa aku goyang kaki daripada layan manusia yang sejenis tak pandai bersyukur macam kau nie cik kak oi..nie belum ade GL lagi..kalau dah ber GL nie silap hari bulan dengan PC PC dia kecam sebab warna hitam kenapa tak putih..saja nak menganjing dia ke?(Warna Hatinya HITAM)
Secubit Pantun untuk Cik Kak...
Tajuk ;KIPALA BANA
Kental kental si batu bata
Si batu bata berwarna hijau
Datang hospital bukan niat mengata
MAK KAU IJAU!MAK KAU IJAU!MAK IJAU!
Elerh..MAK KAU IJAU!
P/s:,Kenapa pantum tak kena dengan tajuk?
Erh..pantun aku..ikut aku laa..sibuk je..esok aku nak suruh staff tu bawak Dam Haji main dengan aku..masa nak ambik gambar tu bagitau dulu..aku nak buat peace..urrgghh....paparazi everwhere..
~Kaki Kecam
kredit/sumber Dark Nurse
Terakam Lelaki sama Lelaki sedang Bermesra atas Motorsikal
PENULARAN video yang memaparkan dua lelaki ‘bermesra’ di atas motosikal yang dipercayai dirakam di Sungai Isap, Kuantan mendapat kecaman warganet.
Rakaman itu antara lain memaparkan seorang lelaki duduk di atas motosikal sambil pasangannya berdiri di sisi motosikal itu.
Pasangannya dilihat memeluk lelaki itu dan beberapa kali mencium muka dan lehernya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
“Tindakan mereka itu adalah bertentangan dengan agama dan saya meminta individu yang merakam video itu untuk tampil membuat aduan kepada kita.
sumber Harian Metro
KPWKM lancar video pendidikan seks untuk kanak-kanak
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini melancarkan video pendidikan seks untuk kanak-kanak di medium digital .Youtube sebagai usaha terbaharu kerajaan mengurangkan jenayah seksual kanak-kanak di Malaysia.
Pengetahuan dan kesedaran yang disampaikan melalui video ini merupakan perkara asas yang kanak-kanak perlu tahu untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa dan membantu mereka mengenal pasti tingkah laku mencurigakan yang sepatutnya dilaporkan.
sumber sinar harian.
Friday, 21 June 2019
NAGA BORNEO
NAGA BORNEO
Ia sejenis cicak yang amat sukar dijumpai. Ia hanya keluar waktu malam. Cicak yang di panggil "naga borneo" ini nama saintifiknya ialah Lanthanotus borneensis (literally, “hidden ear from Borneo,” named for its lack of external ear openings).
Ia pertama dijumpai pada 1877 - sebenarnya, hanya beberapa tahun selepas bandar Kapit dibina. Pengkaji hanya mengumpul kurang dari 100 spesimen reptilia ini sehingga kini.
Jika anda pernah melihat dan menjumpai reptilia ini di kawasan hulu sungai Ba, Bekuyat atau mana-mana tempat - bantulah pelihara habitatnya. Ia reptilia terancam - ancaman kepupusan.
SUDAH MINTA MAAF, ‘GENG PICIT ROTI’ TETAP DIBURU POLIS
PERBUATAN sekumpulan remaja termasuk salah seorang daripada mereka yang merosakkan barang makanan di kedai serbaneka sebuah pasaraya di Nilai, Negeri sembilan kini menjadi buruan polis.
Terdahulu, lelaki terbabit bersama rakan masuk ke premis berkenaan lalu merosakkan beberapa plastik makanan dan minuman, kira-kira jam 10 malam tadi. Mereka turut merakam video perbuatan terbabit di Instagram Story sebelum ia tular di media sosial sekaligus mengundang kecaman warganet.
Kat family mart Nilai negeri sembilan dah hodoh pastu bodoh plak.Posted by GAGS Malaysia on Thursday, June 20, 2019
Menyedari tindakan mereka menimbulkan kemarahan ramai, remaja terbabit memuat naik satu lagi video dengan mendakwa sudah membayar makanan yang dirosakkan itu terlebih dahulu sebelum merekod video.
Remaja yang memicit dan merosakkan makanan di premis berkenaan turut meminta maaf. Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzukee Besar dipetik Harian Metro sebagai berkata, pengurus premis berkenaan membuat laporan polis pada jam 11.20 malam.
“Pengadu melihat video tular di media sosial yang didakwa berlaku di premisnya lalu membuat semakan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV). “Pengadu mendapati lelaki terbabit merosakkan barang makanan dan minuman dengan sengaja menyebabkan beliau mengalami kerugian RM30,” katanya.
Bertindak atas laporan itu, Mohd Nor Marzukee berkata, polis kini sedang giat mengesan suspek untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat. Video berdurasi satu minit 10 saat itu tular di media sosial yang menunjukkan lelaki itu sedang merosakkan barang makanan dan mendapat kecaman netizen.
Sementara itu, lelaki menggunakan nama ‘luqbubbles’ di Instagram mengaku sebagai individu yang melakukan perbuatan itu dan membuat permohonan maaf serta mendakwa akan membayar balik kerosakan yang dilakukan.
Rawat Sakit Gastrik Dengan Menghisap Bunga Cengkih
Ada ka yang pernah cuba cara ni?
Penyakit Gastrik disebabkan ketidakseimbangan pepsin dan asid pada usus kita. Biasanya pesakit akan merasa lemah dan sakit yang amat sangat jika mengalami penyakit ini.
Ada banyak jenis ubat yang dijual di farmasi untuk merawat gastrik seperti Antasid, Antagonis H2, perencat Pam Proton (PPI) dan sebagainya.
Namun sekiranya tiada ubat-ubatan ini ditangan anda ketika sakit gastrik, jangan risau, anda cuba amalkan cara tradisional seperti memakan pisang, minum susu sejuk atau mengunyah bunga cengkih.
Bunga cengkih dipercayai mampu membantu melancarkan perjalanan makanan ke arah perut dan meningkatkan penghasilan air liur. Caranya ialah dengan menggigit sebiji bunga cengkih, dan biarkan beberapa minit dalam mulut. Ia akan membantu mengurangkan keasidan perut dan memberi kelegaan.
Selamat mencuba!
Sumber: https://myinfoberita.blogspot.com
Ibu Kota Indonesia Pindah ke Kalimantan
JAKARTA: Projek pembinaan ibu negara baharu Indonesia dijadual bermula 2021 dan peruntukannya ditetapkan dalam bajet 2020, lapor agensi berita Xinhua, memetik Menteri Perancangan Pembangunan, Bambang Brodjonegoro pada Selasa.
Menurut beliau lokasi mungkin dipilih ialah di Kalimantan, Borneo.
“Pembinaan bermula pada 2021, kami berharap prosesnya dapat dilakukan secara berperingkat, sehingga ia dijangka beroperasi pada 2024,” katanya.
Kajian kebolehlaksanaan di beberapa daerah di Kalimantan Timur dan Kalimantan Tengah masih dilaksanakan dan 90 peratus telah selesai, katanya.
Menurutnya, antara elemen yang dipertimbangkan dalam kajian itu ialah rizab air, infrastruktur, risiko gempa bumi dan kebakaran hutan serta keadaan sosial.
Beliau menjangkakan hasil kajian dikemukakan kepada Presiden Joko Widodo (Jokowi) dalam waktu dekat.
“Presiden akan membuat pengumuman mengenainya tahun ini, menunggu saat yang tepat untuk melakukannya,” tambahnya.
Kementerian itu mendedahkan sebelum ini peruntukan mungkin mencecah 466 trilion rupiah (kira-kira AS$32.5 bilion), diperoleh daripada bajet negara, kerjasama dengan firma kerajaan dan sektor swasta.
Idea memindahkan ibu negara dari Jakarta disuarakan Presiden Jokowi dua bulan lalu.
Rancangan itu dijangka meningkatkan ekonomi di kawasan luar pulau Jawa yang padat penduduk. – Bernama
Kecoh wanita berpakaian ihram lelaki semasa melakukan tawaf
Rabat - Walaupun imam tidak boleh bercakap tentang video itu sendiri, komennya menyentuh pusat perdebatan serius mengenai perbezaan antara wanita dan lelaki.
Video yang dipersoalkan itu menunjukkan seseorang memakai "ihram," pakaian jubah putih untuk haji ke Mekah. Walau bagaimanapun, walaupun individu yang memakai pakaian lelaki, mereka kelihatan wanita, yang boleh mencadangkan identiti androgynous. Penonton dikelirukan oleh kombinasi fenotip perempuan yang mengambil peranan gender seorang lelaki.
Crossover jelas mendapat perhatian sebagai contoh yang tidak dapat diterima dari bahagian lelaki dan wanita yang wujud bersama.
Kecoh wanita berpakaian ihram lelaki semasa melakukan tawaf! Macam-macam hal dunia akhir zaman.Posted by Seni Media on Friday, June 14, 2019
Sheikh Adel al-Kalbani, bekas imam Masjidil Haram di Mekah, mengutuk pemisahan jantina yang tegar, mengatakan amalan itu menjadi sangat ketat yang menyumbang kepada "fobia wanita." Dalam komennya, beliau merujuk kepada peraturan yang membuat Kehidupan wanita Saudi jauh berbeza daripada kehidupan untuk lelaki Saudi.
Komen dibuat semasa wawancara televisyen. Dalam konteks politik konservatif Arab Saudi, Kalbani dikenali sebagai pemimpin agama yang lebih liberal, kerana dia membenarkan permainan muzik dan kad yang telah diharamkan di khalayak ramai. Saudi hanya baru-baru ini membiarkan wanita memandu, dan kemudian ada seorang penjaga lelaki yang hadir. Ini jenis sekatan meluas ke masjid, yang mana Al-Kalbani mengkritik dalam wawancara beliau.
Al-Kalbani juga mengatakan bahawa wanita di bawah keadaan hari ini lebih terisolasi daripada masa Nabi Muhammad: "Di zaman Nabi … para lelaki itu selalu berdoa di depan dan wanita berdoa di belakang masjid tanpa partisi, tidak walaupun tirai. "
"Malangnya hari ini, kita paranoid - di masjid - tempat ibadat. [Wanita] sepenuhnya dipisahkan dari lelaki, "kata Al-Kalbani. Beliau juga mengatakan bahawa wanita perlu ditangani dengan nama mereka. Memanggil wanita dengan nama mereka adalah amalan dari zaman awal Islam.
Wartawan Saudi Jasmine Bager menjelaskan mengenai banyak cara wanita ditangani dalam majalah Time, "Seperti sekarang, nama kami tidak dituturkan. Sebaliknya, wanita sering dirujuk sebagai anak lelaki, isteri, kakak atau ibu lelaki. Sebenarnya, nama seorang wanita dianggap sangat peribadi yang memalukan atau memalukan kepada sesetengah pihak jika ia dibuat untuk mengatakannya. Orang asing akan memanggil 'auntie' atau 'guru' wanita. Dan kami secara tradisinya tidak ditangani secara langsung oleh lelaki yang tidak berkaitan dengan kami. "
VIDEO PERINGATAN DARI PANGLIMA DAYAK
VIDEO PERINGATAN DARI PANGLIMA DAYAK.
DAYAK BERSATU DI BATU SUMPAH KENINGAU, 16.06.2019 : Dayak dari pelbagai suku kaum yang datang dari seluruh Borneo bersama para tokoh-tokoh adat dan masyarakat bersama para panglima perang Dayak telah berkumpul di Batu Sumpah pada pagi tadi, di dalam acara yang dijadualkan berlangsung dari jam 7 pagi sampai 11 pagi. Di dalam acara penutup "Dayak International Justice Congress" yang diadakan di Batu Sumpah Keningau Sabah pada pagi tersebut, panglima besar Dayak Borneo iaitu Panglima John Jaban memberikan peringatan kepada sesiapa sahaja yang melanggar perjanjian yang sudah termeterai di dalam Batu Sumpah Keningau, mereka akan DIKEJAR SUMPAH selama TUJUH KETURUNAN.
#DyakInternationalJusticeCongres
#KeningauSabahNorthBorneo
#DayakBorneo
#DayakDusun
#BatuSumpahKeningau
VIDEO PERINGATAN DARI PANGLIMA DAYAK. DAYAK BERSATU DI BATU SUMPAH KENINGAU, 16.06.2019 : Dayak dari pelabagai suku kaum yang datang dari seluruh Borneo bersama para tokoh-tokoh adat dan masyarakat bersama para panglima perang Dayak telah berkumpul di Batu Sumpah pada pagi tadi, di dalam acara yang dijadualkan berlangsung dari jam 7 pagi sampai 11 pagi. Di dalam acara penutup "Dayak International Justice Congress" yang diadakan di Batu Sumpah Keningau Sabah pada pagi tersebut, panglima besar Dayak Borneo iaitu Panglima John Jaban memberikan peringatan kepada sesiapa sahaja yang melanggar perjanjian yang sudah termeterai di dalam Batu Sumpah Keningau, mereka akan DIKEJAR SUMPAH selama TUJUH KETURUNAN. #DyakInternationalJusticeCongress# #KeningauSabahNorthBorneo# #DayakBorneo# #DayakDusun# #BatuSumpahKeningau#Posted by Dusunology on Sunday, June 16, 2019
Dibenar pakai baju tradisi ke pejabat oleh Pejawat Awam Sabah

KOTA KINABALU: Penjawat awam di Sabah kini dibenarkan menjalankan tugas dengan memakai pakaian tradisi etnik negeri, kata Timbalan Ketua Menteri Wilfred Madius Tangau.
Beliau berkata mereka dibenarkan memakai Busana setiap Khamis, termasuk pakaian tradisi lengkap seperti sigar, tudung dan limpogot (tali pinggang).
“Ia adalah Busana, jadi itu bermakna pakaian tradisi lengkap. Kami cuba berpakaian lengkap seboleh mungkin,” katanya.
“Setiap Khamis, sila pakai pakaian tradisi ke pejabat. Itu adalah budaya kita,” kata Tangau.
Beliau berkata pakaian tradisi akan diterima sebagai salah satu pakaian rasmi untuk dipakai ke pejabat.
“Kami mencadangkan kepada kerajaan supaya kostum etnik Sabah dijadikan kod pakaian rasmi di mana-mana majlis rasmi kerajaan dan pada hari-hari tertentu untuk ke pejabat,” kata presiden Upko itu.
Pada persidangan perwakilannya tahun lalu, Upko meluluskan resolusi menggesa kostum tradisi etnik Sabah diiktiraf sebagai kod pakaian rasmi di majlis kerajaan.
Langkah itu mendapat sokongan Ketua Menteri Shafie Apdal semasa ucapan di Festival Harvest peringkat negeri pada 31 Mei.
Tangau berkata langkah itu juga akan mempromosikan produk tempatan dan meningkatkan ekonomi kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam pembuatan pakaian tradisi di Sabah.
Pada masa ini, kakitangan kerajaan perlu memakai batik untuk bekerja pada setiap Khamis.
Kredit/Sumber: https://bit.ly/2ZB3KLr Freemalaysiatoday
Sejarah Huguan Siou : Sambutan Ulang Tahun ke-35 Huguan Siou
Sejarah Huguan Siou : Sambutan Ulang Tahun ke-35 Huguan Siou.
Gambar menunjukkan Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan (tengah) ketika ditabalkan sebagai Huguan Siou yang kedua pada tahun 1984, di Balai Raya Kg. Tuavon, Penampang. Beliau merupakan Huguan Siou kedua yang dilantik selepas Tun Fuad Stephens. Dari segi sejarah, Huguan Siou adalah satu title yang berasal daripada suku kaum Tangara dan Bangkaakon di daerah Penampang-Putatan pada zaman dahulu. Dari segi etimologi, "Huguan Siou" atau di dalam dialek suku kaum Dusunic yang lain "Luguan Osiou" atau "Luguan Tosiou" bererti "pemimpin yang gagah perkasa". Pada zaman dahulu, untuk seseorang dapat dipilih sebagai Huguan Siou, dia haruslah seorang yang "paling gagah di antara semua yang gagah", ertinya pahlawan yang paling gagah perkasa dialah yang diangkat menjadi Huguan Siou.
Rekod sejarah kemunculan Huguan Siou di kalangan suku Tangara-Bangkaakon adalah sekitar penghujung tahun 1700s sehingga awal 1800s, ketika Huguan Siou kaum Tangara bernama Monsopiad muncul. Ada yg mengatakan Monsopiad hidup sekitar tahun 1815 masihi, Huguan Siou yang memimpin pertempuran melawan lanun. Kemudian pada tahun 1855, Huguan Siou kedua muncul, iaitu Huguan Siou Sagir dari Kg. Guunsing Penampang, yang memimpin perang melawan Kesultanan Brunei. Huguan Siou Sagir bersama pengikutnya telah melakukan penyerangan ke atas utusan-utusan pemungut cukai Brunei mulai dari Digot sampai ke Sodomon, setelah Puun Tunoh. Huguan Siou Sagir memiliki kubu di Bukit Sinongkulan dan Bukit Kulintangon di dekat Donggongon. Penentangan ini terjadi kerana Sultan Brunei menuntut supaya setiap lelaki berumur 21 tahun ke atas membayar cukai kepala (Tan Ping Hing, 1962:13), di samping itu beberapa cukai lain.
Setelah Huguan Siou Sagir, muncul pula keturunan beliau yang memimpin pemberontakan baru, nama beliau adalah "Lasou". Nama beliau ditukar menjadi "Huguan Siou Bouvang" setelah diangkat menjadi Huguan Siou, sebagai title untuk keperkasaan beliau sebagai pemimpin seperti seekor "bouvang (beruang)". Di dalan laporan S.E. Dalrymple untuk daerah Putatan yg dipublish pada tahun 1885, nama Huguan Siou Lasou/Bouvang dicatatan sebagai salah satu ketua kampung di Penampang, di mana nama beliau dituliskan "Lassau" dari kampung "Goringsing (Guunsing)". Sultan Brunei memadamkan pemberontakan2 ini dgn cara melantik para tokoh-tokoh suku Tangara dan Bangkaakon dgn jawatan pembesar dan kuasa untuk memungut cukai di Putatan-Penampang. Pada tahun 1885, ada beberapa tokoh suku Tangara dan Bangkaakon yg bergelar Datu, Menteri Babu, Datu Panglima, Datu Maharaja Lela, Datu Pangeran, Datu Perkasa dan Datu Setia (Dalrymple, 1885:9).
Demikianlah secara singkat sejarah institusi Huguan Siou. Di dalam sambutan ulang tahun ke-35 Huguan Siou, Jawatankuasa Penyelaras KDCA Penampang akan menganjurkan majlis sambutan ulang tahun pertabalan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan sebagai Huguan Siou ke-35 pada 30 Jun ini, di mana Pengerusi penganjurnya adalah Ceasar Mandela Malakun. Sambutan itu akan diadakan dengan majlis makan malam di Grand Ballroom ITCC Penampang, jam 7 malam. Ia merupakan sebuah Majlis Makan Malam Gala di mana tiket boleh dibeli atau ditempah di talian 012-8432336, atau ditempah melalui Florence Underwood (016-8057702), John Masabal di (016-8347350) dan Irene Chua (010-9353461).

Khasiat Kulit Kayu Manis

Kulit kayu manis adalah antara rempah yang biasa digunakan dalam masakan Melayu. Ia mempunyai khasiat yang sangat tinggi dalam pengubatan tradisi beberapa jenis penyakit disamping boleh juga digunakan sebagai pengawet semulajadi. Aromanya dapat merangsang minda termasuk daya kognitif seseorang. Menambahkan rempah kulit kayu manis ke dalam makanan tinggi karbohidrat dapat mengurangkan kesan kandungan gulanya ke atas darah anda dan ini bagus untuk penghidap penyakit kencing manis.
Kulit kayu manis dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Cinnamomum zeylanicum dan berasal dari keluarga Lauracea. Ia berfungsi memanas dan mengering, dari itu sesuai diamalkan bagi megubati selesema serta melancarkan pengaliran darah. Ia dikunyah bagi mengeringkan hingus. Amalan membancuh susu yang dicampur dengan sedikit serbuk kulit kayu manis juga berkesan untuk meredakan sakit itu.
Kesannya lebih lembut daripada halia tetapi tindakannya lebih keras. Kedua-dua herba itu seringkali direbus bersama-sama bagi menghasilkan minuman yang melegakan bagi mengatasi masalah lenguh-lenguh badan, terutamanya dibahagian kaki, tangan, lutut dan pinggang berpunca daripada kesejukkan.
Air rebusan kulit kayu manis dan halia juga sesuai diamalkan oleh kaum wanita yang sering mengalami senggugut atau kesakitan dibahagian ari-ari dan kaki. Disamping itu ia juga boleh digunakan untuk berkumur untuk mengubati sakit gusi dan juga menghilangkan masalah pernafasan berbau.
Banyak di kalangan pakar pemakanan membicarakan tentang kulit kayu manis yang dikatakan boleh membantu mengurangkan glukos dalam darah dan kolestrol bagi pengidap diabetes. Beberapa penemuan di Pakistan menunjukkan tahap rendah glukos, triglyceride, kolestrol LDL dan jumlah keseluruhan kolestrol menurun selepas pengambilan selama 40 hari dan terus menurun selepas 20 hari tambahan kemudian. Kajian tersebut membabitkan 60 orang pesakit diabetes jenis 2. Pengambilan 1gm (satu sudu teh) serbuk kulit kayu manis sehari akan membantu pengidap diabetes jenis 2.
Mengikut pakar komponen aktif terdapat dalam kulit kayu manis bahagian yang larut air tetapi tidak dalam minyak kayu manis yang larut lemak.
Sebenarnya kulit kayu manis gemar digunakan dalam tea arab malah boleh dicampurkan dalam juice epal, oren dll bagi menyedapkan rasanya.
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.
Ingin menghilangkan parut dikulit. Cubalah kaedah orang lama. Tumbuk lumat kulit kayu manis. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air kemudian bancuhkan dengan bedak sejuk. Kemudian sapukan pada tempat yang berparut. Lakukan sekerap mungkin dan lama kelamaan parut tersebut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat diwajah.
Para saintis telah mendapati kulit kayu manis mempunyai sifat ala-insulin, yang boleh mengurangkan paras glukosa darah dan juga triglyceride dan kolesterol, semuanya penting terutamanya kepada pesakit kencing manis diabetes jenis 2.
Dengan hanya setengah sudu teh serbuk kulit kayu manis setiap hari diambil dalam pemakanan harian , pesakit kencing manis boleh mengurangkan paras glukosa darah. Kesan yang sama juga boleh diperolehi dengan merendamkan batang kulit kayu manis ke dalam minuman teh atau kopi yang boleh membantu menghalang dan melawan kencing manis.
Para saintis mendapati bahawa kesan ala-insulin dari kulit kayu manis dan bahan aktifnya, poliphenol boleh melonjakkan paras tiga protin utama. Protin berkenaan sangat penting mengalukan proses isyarat-insulin normal, gerakbalas radangan yang sihat dan pengangkutan glukosa berkesan ke seluruh anggota badan.
Keluran akhbar dari University of California at Santa Barbara pada April, 2004 menyatakan kulit kayu manis boleh digunakan dalam perubatan untuk melawan diabetes. Kulit kayu manis boleh memainkan peranan pengganti insulin dalam diabetes jenis 2, dari kajian selular dan molekular di universiti berkenaan. Kulit kayu manis mempunyai komponen aktif-bio yang berpotensi menghalang dan mengubati kencing manis.
Dalam Medical News 09 Apr 2006 dua kajian yang dibentangkan dalam persidangan Experimental Biology 2006 menerangkan lagi kesan manfaat kulit kayu manis sebagai agen anti-radangan dan menyokong kajian awal mengenai kuasa agen anti-oksida dan agen yang boleh mengurangkan kolesterol, triglyceride, dan glukosa dan meningkatkan fungsi insulin.

Menurut kajian perubatan yang dijalankan di Kanada (Januari 1995), campuranmadu asli dan kayu manis ni mampu mencegah serta merawat 14 jenis penyakit.
1. Jerawat
Campurkan 3 sudu madu asli dan 1 sudu kayu manis. Kemudian, sapukan campuran tue kat muka (bahagian yang ader jerawat) sebelum tidur.
Pada keesokan pagi, bersihkan wajah anda dengan air suam. Amalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut.
Hasilnya, ia akan menyingkirkan jerawat anda dari akar umbi. Selain tu, kulit anda akan terasa segar, awet muda dan juga merawat masalah kulit seperti ekzema.
2. Sakit perut
Campuran madu dan kayu manis pun boleh melegakan sakit perut serta membersihkan perut.
Ia akan membebaskan angin-angin di dalam perut. Di samping tu, ia boleh menurunkan berat badan.
3. Selesema
Sekumpulan saintis Sepanyol telah berjaya membuktikan bahawa madu asli mengandungi bahan semulajadi yang mampu membunuh virus penyebab selesema.
4.Keguguran rambut
Bagi anda yang mengalami keguguran rambut, boleh gunakan khasiat campuran ini. Ambil campuran 1 sudu madu dan 1 sudu serbuk kayu manis, kemudian sapukan kat kulit kepala.
Biarkan selama 15 minit. Kemudian anda bilas dengan air sehingga bersih.
5. Sakit gigi
Kalau sakit gigi, ambil 1 sudu serbuk kayu manis dan campurkan dengan 5 sudu teh madu asli.
Letakkan campuran tadi kat bahagian gigi yang sakit tadi. Amalkannya 3 kali sehari sehinggalah hilang rasa sakit gigi tu.

6. Penghadaman
Bagi melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan tubuh anda, ambillah campuran 2 sudu madu asli dan serbuk kayu manis.
7. Jangkitan pada pundi kencing
Anda ada masalah jangkitan kuman kat pundi kencing? Kalau ada, anda haruslah membunuh bakteria yang ada kat situ.
Caranya;
Ambil 1 sudu madu asli dan 2 sudu serbuk kayu manis. Kemudian, campurkannya ke dalam secawan air suam. Amalkan meminum air tersebut.
8. Kolestrol
Anda nak mengurangkan tahap kolestrol dalam darah sebanyak 10% dalam masa kurang daripada 2 jam??
Caranya;
Ambil 2 sudu teh madu dan 3 sudu teh serbuk kayu manis. Kemudian, campurkan dengan 16 auns teh dan minum air tersebut.
9. Sakit jantung
Di samping dapat mengurangkan kadar kolestrol, campuran madu asli dan serbuk kayu manis nie boleh mengurangkan risiko serangan jantung.
Ia turut membantu sistem pernafasan berjalan lebih lancar serta mengekalkan kadar normal bagi denyutan jantung.
10. Artritis
Sekiranya anda pesakit artritis, amalkan meminum campuran secawan air panas dengan 2 sudu campuran madu asli dan serbuk kayu manis setiap hari.
Melalui kajian yang dibuat oleh University Copenhagen, 73 daripada 200 pesakit yang mencuba rawatan ini berjaya sembuh 100%.
11. Sistem imunisasi
Amalan pengambilan campuran ini juga mampu menguatkan sistem imunisasi serta melindungi tubuh daripada jangkitan bakteria.
Ini kerana, para saintis telah membuktikan bahawa madu asli mengandungi kandungan vitamin dan zat besi yang tinggi.
12. Masalah kesuburan
Bagi golongan lelaki; ambil 2 sudu madu sebelum tidur mampu meningkatkan kesuburan.
Untuk golongan wanita; ambil 1/2 sudu serbuk kayu manis dicampurkan dengan 1 sudu teh madu untuk meningkatkan kesuburan.
13. Masalah nafas berbau dan kurang pendengaran
Minum secawan air panas yang dicampurkan dengan 1 sudu teh madu asli dan serbuk kayu manis. Amalkan minum air campuran nie pada setiap pagi.
Ia membantu menyegarkan nafas dan mengekalkan daya pendengaran secara normal.
14. Mengekalkan tahap kesihatan yang baik
Untuk mengekalkan tahap kesihatan anda, amalkan meminum setiap hari;
Campuran 3 cawan air teh panas dengan 4 sudu madu asli dan 1 sudu serbuk kayu manis.
Saturday, 1 June 2019
UNDUK NGADAU 2019 - KDCA HALL PENAMPANG
FRANCISCA – KARAMBUNAI -UNDUK NGADAU KAAMATAN 2019
Oleh Alfred Petrus
PENAMPANG: Francisca Ester Nain yang mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai, dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) 2019, selepas berjaya mengalahkan 63 peserta lain, hari ini.
Sebagai pembaharuan pertandingan UNK 2019 iaitu pra-penilaian serta sesi soal jawab menjadi salah satu penekanan dalam pertandingan, Francisca menggunakan kebolehannya berbahasa Dusun Tindal untuk menjawab soalan yang diberikan pada pusingan ketiga itu.
Francisca, 25 menjawab soalan pilihan dalam bahasa ibunda dan menjawab persoalan yang diberikan dengan padat.
Selain itu, katanya dengan pengalaman beliau menyertai UNK negeri pada 2017, membuktikan usaha beliau untuk memperbaiki kekurangan pada ketika itu.
“Melalui pengalaman lepas, saya memperbaiki kekurangan dalam UNK ini. Namun, bukan bermaksud saya yang paling hebat antara semua peserta. Saya akan sentiasa memperbaiki kelemahan diri.
“Sebagai UNK 2019, saya akan gunakan platform ini untuk mempengaruhi belia-belia atau generasi kini khususnya masyarakat Kadazan, Dusun dan Murut (KDM) untuk menghargai kebudayaan mereka seperti penggunaan bahasa ibunda mereka sendiri.
“Sebab, kita tahu penggunaan bahasa ibunda kita itu sangat penting. Kalau bukan kita, siapa lagi yang akan gunakan?” katanya ketika ditemui selepas diumumkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan 2019 di Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), hari ini.
Melalui kemenangan berkenaan, Francisca membawa pulang hadiah berjumlah RM100,000 secara keseluruhan termasuk wang tunai bernilai RM18,000, mahkota, selempang, biasiswa pendidikan (RM50,000), dua tiket penerbangan pergi balik ke Narita Jepun serta Seoul Korea dan barangan tajaan.
Manakala, naib johan disandang oleh Annette Rabecca Januin @ Abdon mewakili Dun Pantai Manis. Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM13,000, trofi, selempang, biasiswa pendidikan (RM40,000), tiket penerbangan pergi balik ke Bangkok Thailand dan barangan tajaan.
Keseluruhan hadiah naib johan bernilai RM70,000.
Tempat ketiga pula dimenangi oleh Leticia Casianus Bansin mewakili Penampang.
Leticia membawa pulang hadiah keseluruhan berjumlah RM50,000 termasuk hadiah wang tunai RM10,000, biasiswa pendidikan (RM30,000), trofi, selempang, tiket penerbangan pergi balik ke Manila Filipina dan barangan tajaan lain.
Sementara itu, dengan pembaharuan pertandingan UNK 2019 iaitu penghasilan buku kajian budaya, satu anugerah turut disampaikan bagi peserta UNK 2019 yang menghasilkan buku kajian terbaik.
Anugerah tersebut dinamakan Suduvan Huminodun itu diberikan kepada Priscilla Gukim dari Dun Tanjung Papat yang mana sesi pembentangan dan soal jawab diadakan pada 28 Mei.
Melalui anugerah itu, Priscilla membawa pulang wang tunai RM800, trofi beserta sijil.
Empat peserta lain yang turut memberi saingan pada pusingan ketiga adalah Skye Judith Harding (Tamparuli), Conne Juenin (Kundasang), Nurul Yanadido (Tandek) dan Vinny Alvionitta Sasising (Klang Valley). -SabahNewsToday








